Money is everyone's new God

by - 12/18/2017 06:12:00 pm


 Image result for money is new god

 "aku takde duit lah."
"aku tengah broke, legit broke."

Dah selalu sangat dah dengar ayat ayat yang macamni. Sampaikan nak kemana mana pun mesti alasan takde duit. Everyone is struggle. Everyone is broke. We assumed that.

Dilantik untuk menjadi sebahagian daripada jawatan tertinggi dalam sebuah event dan memegang kedudukan sebagai bendahari dalam sebuah organisasi bukanlah mudah. AMANAH. Itulah perkara terpenting yang harus ada, sentiasa pegang dan tidak pernah boleh disangkal atau cuba untuk dilanggar.

Kadang kadang kita cuba untuk jujur dan melakukan segalanya sebaik mungkin tetapi, ada pula campur tangan orang lain yang cuba memaksa kita untuk ikut cara bekerja mereka. Biasalah dalam kerja, bukan semuanya kepala sama. Dan bukan semuanya amanah belaka. Ada yang cuba belok sana, ada pula yang memilih jalan sini.

Keadaan yang mungkin mendesak memaksa manusia untuk memilih tidak mementingkan agama. Bukan cuma agama Islam yang mementingkan amanah kan? Agama lain juga. Bila depan mata dilambak kan dengan duit dan segala informasi terletak dihujung jari, bukan semua orang mampu bertahan untuk meneruskan amanah yang harus dijaga. Pilihan untuk terus amanah atau tidak itu terpulang pada diri sendiri.

Perkara terbesar yang Dina belajar selepas memegang jawatan sebagai bendahari ini, bukan semua orang boleh dipercayai dan kadang kadang manusia yang kita tidak pernah jangka itulah yang sebenarnya mungkin boleh membuatkan kita lebih memilih kawan daripada duit. Jangan mudah percaya manusia dan tidak akan pernah rugi seseorang itu apabila dia lebih memilih amanah daripada orang yang cuba membuatkan kita tidak menjalankan tanggungjawab kita dengan baik.

You May Also Like

0 comments