Redha

by - 12/18/2017 06:26:00 pm



 Image result for parents

Takdir itu kepunyaan tuhan. Bukan cuma yang memeluk Islam. Bahkan yang menganuti agama lain juga turut percaya akan ketentuan takdir yang telah tertulis untuk mereka mengikut cara pengabdian diri terhadap tuhan masing masing.

Redha Tuhan terletak atas redha Ibu Ayah. Tanpa redha mereka, tidak selamatlah walau satu pun langkah yang kau buat sejurus selepas kau keluar dari rumah. Ya, pada hakikatnya bukan semua manusia percaya akan agama dan kewujudan Tuhan. Perkara itu tidak dapat disangkal kerana bukan semua manusia mampu mempercayai perkara yang tidak pernah terlihat di mata. Namun percayalah, jauh di sudut hati mereka, mereka sendiri penat untuk meneruskan hidup tanpa tempat kebergantungan dan perkara yang mampu membuatkan mereka berasa selamat walau tiada manusia yang mampu membantu.

"How can you put your trust on things that you have never met or seen in your life?" To be honest, Dina tak tahu nak jawab apa sebab hidayah itu cuma milik Dia. Doakan yang terbaik semoga satu hari nanti hati dia mampu menjadi selembut hati manusia manusia lain. Back to our title, "Redha." Kadang kadang hidup rasa terlalu berat, kita terlalu penat sampaikan takde masa untuk diri sendiri. Apatah lagi masa yang nak diluangkan dengan keluarga atau kawan kawan terdekat yang tidak belajar di sama universiti seperti kita.

Semua urusan seakan sukar untuk diselesaikan dan segala perkara mempunyai halangan yang menyekat kejayaan yang semua orang dambakan. Periksalah hubungan dengan Tuhan dan Ibu Ayah. Ada yang kita tertipu, ada yang kita tertinggi suara, ada yang kita terlupa nak tolong, ada yang kita terabaikan atau ada hati yang kita guriskan. This is not some ceramah shit. This is not kata kata sentap to make everyone else menyampah but I am a student as well. Yang tak suka kena bebel apatah lagi dengan ceramah but sometimes I do struggle in handling life but God will ease everything for me as soon as I seek for my parents' blessings on everything that I want to do or things that I am working on it at that moment.

Call mama ayah. Everything will be fine. Kebelakang kan dorang? Kau tunggu sebab musibah akan ada.

You May Also Like

0 comments