Beliau telah datang untuk memberikan pengisian tentang betapa hebatnya agama Islam dan betapa tingginya Islam dipandang oleh masyarakat lain. Beliau turut menceritakan pengalaman beliau menetap di beberapa buah negara dan betapa masyarakat sana mengambil beliau sebagai contoh yang melambangkan agama Islam.
"Apa yang Oki pakai, itulah pandangan mereka tentang Islam." kata Oki sewaktu ditanya tentang pengalaman yang tak mampu dilupakan ketika berada di tempat orang. Sedemikian perkata tersebut membuatkan Oki lebih berjaga jaga tentang tatasusilanya sebagai seorang Islam. Oki juga turut berbesar hati kerana di tempatnya, Indonesia belum pernah lagi ada mana mana pihak yang menganjurkan hiburan yang berbentuk Islamik dan penuh dengan pengisian Ilmiah seperti yang telah dijalankan di Malaysia.
Oki telah tampil beberapa pendapat yang manusia sekarang lebih kepada mengikut persekitaran dan memilih untuk mengikut daripada memahami. Contoh yang paling ketara ialah manusia akan berpakaian seperti orang Islam tetapi pada hakikatnya menganut agama lain hanya kerana orang disekelilingnya memakai hijab dan menutup aurat. Begitu juga sebaliknya, orang Islam akan memakai seperti menganut agama lain sekiranya orang di sekeliling mereka tidak menutup aurat dengan sempurna.
"Kita lebih memilih untuk mengikut, bukan memahami kehendak agama Islam sendiri." Tambah Oki lagi sebelum beliau menamatkan pengisiannya dengan senyuman yang terlebar kerana beliau sedang menantikan kelahiran anaknya yang ketiga yang masih berusia 8 bulan dalam kandungan.
No comments:
Post a Comment